Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Cara Merawat Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut aka Coxsackie

Cara Merawat Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut aka Coxsackie

Penyakit Kaki, Tangan Dan Mulut atau Foot, Hand and Mouth Disease atau ringkasannya HFMD adalah penyakit berjangkit akibat jangkitan Virus Coxsackie. Kadang-kadang orang perubatan menyebut kes jangkitan kulit ini sebagai Coxsackie. Jangkitan HFMD lebih cenderung menyerang kanak-kanak 10 tahun dan ke bawah.

Walaupun tidak terlalu membahayakan namun terdapat kes-kes terpencil yang mana jangkitan Coxsackie ini menyebabkan masalah lain seperti dehidrasi kerana bintil-bintil dalam mulut mulai pecah dan melepuh menyebabkan anak-anak tidak selesa, pedih, panas dan tiada selera untuk makan dan minum. Sentiasa awasi kelakuan anak anda dan bawa ke hospital sekiranya anak tidak mahu makan dan minum.



Bentuk, Corak, Ruam, Bintik, Merah, Melepuh, Berair, Gelembung, Air, Coxsackie, HFMD, Hand, Foot, And, Mouth, Disease
Gelembung Air Pada Tapak Kaki, Tapak Tangan Dan Mulut



Simptom Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut

  • Demam
  • Sakit Tekak
  • Kurang Sihat
  • Luka Yang Sakit / Melepuh, Kemerahan Pada Lidah, Gusi dan Bahagian Dalam Pipi
  • Ruam Merah, Tidak Gatal Tapi Mungkin Melepuh Selepas Beberapa Hari, Pada Tapak Tangan, Tapak Kaki dan Kadang-Kadang Punggung
  • Rengsa 
  • Hilang Selera Makan
  • Kadang-kadang tiada melepuh dalam mulut sebaliknya bintik-bintik merah pada seluruh tubuh dan hampir menyamai measles. Untuk kepastian sama ada HFMD atau measles sila berjumpa doktor secepat mungkin


Bentuk, Corak, Ruam, Bintik, Merah, Melepuh, Berair, Gelembung, Air, Coxsackie, HFMD, Hand, Foot, And, Mouth, Disease
Kadang-kadang Ruam dan Bintik Merah Timbul Pada Seluruh Tubuh dan
Disertai dengan Gelembung-Gelembung Air Pada Tapak Kaki dan Tangan



Tempoh Jangkitan HFMD / Coxsackie

Tanda awal jangkitan dimulai dengan demam, biasanya suhu demam boleh mencapai 38.0oC atau sehingga 40.0oC. Tempoh jangkitan dari awal sehingga hampir semua bahagian tubuh muncul ruam atau kaki, tangan dan mulut habis melepuh adalah dalam tempoh 3 hinga 7 hari.

Biasanya, selepas demam, ia akan diikuti dengan simptom sakit tekak, hilang selera makan selepas sehari atau dua hari demam terjadi. Hal ini disebabkan terdapat lepuh-lepuh pada dinding mulut atau sekitar tekak yang menyebabkan ketidakselesaan, panas dan pedih. Kemudian, 1 atau 2 hari selepas itu akan muncul ruam diikuti kesan melepuh pada tapak tangan dan kaki. 

Kadang-kadang tanda Conxsackie ini akan menimbulkan ruam atau bintik-bintik merah pada seluruh tubuh tetapi bahagian yang paling menonjol adalah pada tapak tangan, tapak kaki dan punggung serta mulut.

Bagaimanapun, walaupun pesakit telah sembuh dari jangkitan Coxsackie, namun virus penyakit ini boleh berada dalam tubuh pesakit selepas berminggu-minggu tanda-tanda jangkitan hilang. Jadi kanak-kanak itu masih berisiko untuk menyebarkan jangkitan pada kanak-kanak lain tanpa anak ini sedari atau disengajakan.



Punca Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut Kanak-kanak

Pada perenggan pertama sudah dinyatakan virus HFMD ini disebabkan oleh virus Coxsackie. Virus Coxsackie ini juga bukan sahaja menyebabkan terjadinya masalah Kaki, Tangan Dan Mulut tetapi juga menyebabkan masalah jangkitan kulit yang lain seperti measles, polio, herpes simplex dan chicken pox. Namun untuk masalah kulit yang lain ini juga, virus Echoviruses juga menjadi penyebabnya.


Penghidap penyakit Coxsackie ini boleh menjangkitkan penyakitnya melalui:
  • Mukus / Hingus / Kahak dari hidung atau tekak
  • Air Liur
  • Cecair dari kesan lepuh yang telah pecah
  • Najis
  • Titis pernafasan ke udara selepas batuk atau bersin.

Biasanya, risiko yang paling tinggi dan kerap berlaku adalah, di sekolah, tadika dan juga pusat penjagaan kanak-kanak. Lazimnya penyebaran jangkitan ini terjadi akibat bergaul dengan kanak-kanak-kanak lain yang dijangkiti virus Coxsackie. 

Tahap kebersihan yang rendah juga menjadi penyebab. Sebagai contoh, tidak membasuh kaki dan tangan dengan sabun dan bersih selepas menggunakan tandas atau menyalin lampin, baik pengasuh, cikgu ataupun kanak-kanak tersebut. Tambahan pula tabiat kanak-kanak yang suka memasukkan tangan dalam mulut masih sukar ditinggalkan lagi memburukkan keadaan.



Komplikasi Akibat HFMD

Selain dehidrasi yang boleh menyebabkan kegagalan fungsi organ-organ dalaman (kes paling teruk), komplikasi yang paling teruk adalah seperti meningtis (radang pada selaput otak) atau ensafalitis (radang otak). Walaubagaimanapun komplikasi-komplikasi ini amat jarang berlaku.

Perhatikan kelakuan anak anda, sekiranya anak anda tidak berselera untuk makan dan minum serta nampak tanda-tanda awal dehidrasi bawalah anak anda segera ke hospital. Di hospital kebiasaannya doktor akan memasukkan cecair secara intravena atau melalui urat. Walaupun nampak menyakitkan, tapi langkah ini dapat menyelamatkan nyawa anak anda.



Cara Merawat Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut

Antibiotik tidak boleh diberikan untuk jangkitan virus Coxsackie ini. Kerana berlawan dengan virus ini dan menyebabkan keadaan kanak-kanak menjadi lebih teruk.

Namun begitu, anda masih boleh mengurangkan rasa ketidakselesaan anak dan membantu anakanda dengan:
  • Pastikan ruam dan melepuh itu sentiasa lembap. Anda boleh sapukan krim atau melegakannya denga petua-petua lama seperti bedak sejuk diicampur dengan daun bambu hancur atau bedak sejuk dicampur aloe vera
  • Mandikan anak anda dengan sabun antiseptik
  • Sabun mandian bebas bahan kimia untuk mengurangkan kekeringan kulit yang boleh menambahkan rengsa
  • Berikan anak anda makanan dan minuman yang mampu melegakan mereka terutama di bahagian tekak seperti, ais krim (lebih baik ais krim-berkrim yang berperisa vanila, agar-agar, buah-buahan dan air sejuk dan sebagainya
  • Elakkan makanan yang berminyak dan berempah kerana menambah rengsa dan berasa panas pada kesan melepuh dalam mulut mereka.
  • Elakkan minuman dan makanan yang masam kerana membuatkan rasa pedih pada kesan melepuh dalam mulut anak anda. 
  • Tembikai adalah yang paling baik diberikan pada anak kerana selain membekalkan serat, cecair, manis ia juga bersifat menyejukkan mulut anak anda
  • Buka semua baju dan seluar, tinggalkan pampers atau cloth diapers atau memadai seluar pendek supaya suhu badan anak terkawal. Biasanya demam biasa akan berlarutan ke beberapa hari hingga semua bintik-bintik dalam mulut pecah.


Cara Mencegah Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut Dari Merebak Kepada Kanak-kanak Lain


Kenali Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut

  • Basuh tangan dengan kerap setelah menguruskan kanak-kanak yang dijangkiti coxscakie, terutama setelah menukarkan lampin mereka
  • Basuh tangan anda selepas menggunakan tandas dan juga sebelum dan selepas menyediakan makanan
  • Basmi kuman di rumah anda. Pastikan perabot dan mainan dibersihkan. Boleh menggunakan febreze untuk perabot berbentuk fabrik, Titikkan Basic H dalam air suam untuk perabot lain dan alat mainan, serta tambah Basic H bersama air panas untuk membersihkan lantai
  • Didik dan sentiasa pantau amalan kebersihan anak-anak
  • Asingkan anak anda yang sedang dijangkiti virus Coxsackie daripada kanak-kanak lain. Beritahu pada jiran, saudara mara dan juga rakan-rakan sekolah agar mereka tidak datang melawat terutama dengan membawa anak kecil sewaktu anak anda sedang dalam fasa pemulihan



Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.






SID, ID, 882854, PENANG, SEBERANG, PERAI, UTARA, TENGAH,SELATAN, KEPALA, BATAS, SHAKLEE, BEBAS, JAYA,PERMATANG, PAUH, PERMATANG, SUNGAI, DUA, BULUH,BULOH, COD, PENGHANTARAN, PRODUK, VITAMIN, SUPPLEMENT

Pengedar Sah Shaklee: Atiqah Aziz | ID:882854
SMS / Whatsapp: 012-5770682
PM Facebook: Atiqah Aziz

0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry